Persembahan akan datang

21 September 2010
Majlis Sambutan Aidilfitri
Lifestyle Sdn Bhd

Klik Disini

Monday, July 19, 2010

Kuintet Teranchang di Thistle Port Dickson

Berduet bersama tetamu

Salam
15 Julai 2010
Thistle Port Dickson


Sound Check..


Kuintet Teranchang telah mendapat jemputan untuk menghiburkan KPOC - sebuah syarikat yang ditubuhkan menggabungkan Exxon, Shell dan Petronas untuk satu projek di Kebabangan yang mengadakan program Teambuilding di Port Dickson ini. Ziqzul Corporation bertanggungjawab bagi pengendalian acara ini. Tema yang dipilih pada malam tersebut ialah Kain Pelekat dan Kain Batik. Maka agak bingung juga kami hendak memikirkan konsep pakaian kami pada malam tersebut


Dah macam nelayan pun ada rupa mereka ni


Malang buat saya yang diserang demam dan selsema teruk sehingga suara saya menjadi terlalu serak dan sakit tekak ketika acara ini berjalan. Mujur para tetamu sangat sporting untuk turut sama menyanyi bersama di pentas dan menyebabkan acara yang sepatutnya tamat pada jam 11 malam berakhir dengan lagu Laskar Pelangi oleh krew acara pada jam 12 malam!


Menahan sakit kepala dan badan yang perit


Berikut adalah senarai lagu yang dimainkan pada malam itu


Intro - Nujum Pak Belalang (Jazz)
Jugra Jazz
L.O.V.E (Swing)
Qasidah Cinta (Swing)
Wajah Kesayangan Hamba (Duet bersama tetamu)
How Do I live Without You (Tetamu)
Lagu Cinta Lagu Jiwa (Duet Tetamu)
Change The World
Pantun Budi (Tetamu)
Sandarkan Pada Kenangan (Duet bersaam Tetamu)
Just The Two of Us (Jazz)
Asmara (Bossa)
Laskar Pelangi

No comments:

Post a Comment